tadi aku beria-ia nak menghabiskan revision arabi tapi sampai sekarang masih ada lagi setengah buku nak habiskan..hmm..apa2 lah aku ni.so by the time i “met” an article,quite touchy and very close to me..since wht happened to me these few days before…
Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik ‘hati besarku’. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan…cintai, sayangi…Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara”
Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”
Ah, betapa leganya sekarang…Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ’syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa’.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi…siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang…aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU..
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
rasa-rasanya ini artikel kedua yang benar-benar membuatkan aku terkesan akan kejujurannya… sedihnya~ ya..hidup ini sememangnya singkat untuk membenci..terima kasih buat hati kecilku..
bertahun sudah berlalu..aku sangka aku telah menjadi jahat kerana isu “hak” yang sebenarnya aku tidak sepatutnya mengejar akan ia..akhirnya aku sedar yang aku bukanlah sejahat yang aku sangkakan..aku masih punya rasa belas kasihan.aku benar-benar merasa lega..serasa lebih ringan ^_^ lagipun siapalah aku untuk tidak memaafkan..sedang Allah itu Maha Pemaaf..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
petang.
terdetik untuk membaca nukilan abu Saif dan aku menemukan tulisan yang bisa buat aku menangis (dh nanges dh pun..sob3) .. tajuk die “Kemaafan Yang Kudambakan”.
aku teringat Aidilfitri tahun ni sangat berlainan dengan Aidilfitri yang telah berlalu.. seingat aku, kami adik-beradik hanya beraya sesama kami =( kesibukan membataskan segala-galanya. Aidilfitri kali ini membawa seribu makna kepadaku dan aku rasa, aku tidak mahu ini terjadi padaku satu hari nanti..ya,ketika aku sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang comey2 belako ^___^v (hihihi…)
aku masih menyesal akan satu perkara..ketika aku meninggalkan al-Hakem berseorangan..*sigh* andai aku bisa memutar masa…aku tak akan meninggalkan dia berseorangan setelah hari-hari yang menakutkan anak kecil itu.apalah yang dia tahu..aku masih rasa bersalah! sob3..
dalam perjalanan pulang..dalam kedua-dua penerbangan..aku rasa aku hanya menitiskan airmata sesal sahaja.tanpa dipinta..ia bertitisan di luar sedarku. masa terlalu singkat.. semasa penerbangan kedua, aku antara sedar atau tidak sahaja..terngiang-ngiang suara anak kecil itu bergurau senda denganku semasa perjalanan pulang ke kampung =( …
aku tidak sabar mahu pulang..
aku mahu menebus kesalahan ku padanya..
dan jua pada ibuku..
” mummy, tahun ni kite xde bgambar pun satu family..”
aku rasa aku telah menyinggung perasaan ibuku ketika menyuarakan kekecewaan aku padanya.. sungguh aku sedar akan perubahan riak wajahnya tapi aku terlewat untuk meminta maaf dan memujuknya. anak apakah aku ini.. sedangkan semasa tazkirah pagi yang ayahku sampaikan pada kami, beliau sudah meminta kami untuk menjaga hati ibu kami yang satu ini..
ahh.. aku benar-benar rindu!
nasib baik dakapan terakhir ibu sebelum aku berlepas cukup untuk aku merasa tenang. terasa bagai turun sakinah dari langit! bagai didakap sebuah syurga..
itulah ibuku..mencintai tanpa syarat…
witin tresno jalaran soko kulino… aku sungguh tidak menghargai masa-masa yang telah berlalu dalam hidupku.
semenjak 2 3 hari ini perasaan asyik berkecamuk aje.. tidur tak menentu, makan tak terjaga.. aku rindu pada Ramadhan yang berlalu.terasa akan pemergiannya.. =(
ada setahun lagi.. aku akan bersabar..
perempuan yang baik
pastinya akan terus baik
dengan menghargai
kehidupan yang dianugerahi
dan untuk sekian kalinya
perempuan yang baik
akan menjejaki belukar maya
penuh tertib dan hati-hati
dan dia akan menghulurkan cinta hatinya
hanya untuk insan
yang berhati mulia
kerana baginya
cinta miliknya
adalah cinta yang tinggi nilaiannya
dan dia mahu bahagia
dengan cinta yang disuburwangikan
untuk selamanya…
perempuan baik
akan terus baik….
0318
Oktober 8
















