catatan rahila..
setiap langkahmu ku soroti
andai aku bisa memagar waktu yang sentiasa berlari
ingin saja aku pergi berpatah kepadamu
lalu menyentuh pundakmu
aku mahu kamu tahu
kamu tidak tahu aku tahu
terasa ingin membuka bicara mesra
namun
aku tidak sekuat itu
aku hanya mampu melihat
dari jauh
memerhati
setiap langkah
belok
susur
yang kau lalui
khazanah penuh rahasia
benar…
tapi aku tidak kan percaya
tidak semudah itu sayangku
aku punya maruah
harga diri
tidak semudah itu sayangku
dan jangan kau bersembunyi di sebalik hitam
andai hati mu masih samar
selagi kau masih lagi dalam kepuraan
selagi kalam mu belum seindah dirimu
dan meski kau bertegas
di sebalik kata penuh berharga
semoga ia tidak menjadikanmu seorang munafik!
ku mencintai yang nyata
ternyata aku cinta benar
tapi aku terluka dalam teruja
kerana kecintaanku
dicemar dirimu yang berdusta
yang tidak pernah adil pada diri sendiri
Tuhan
ampunkan aku…
amin..
p/s later on i’ll be sharing stories during my holidays,okey? daa~

Leave a Reply